Wednesday 29 February 2012

The Star Jangan Biadap

Artikel dipetik dari kenyataan rasmi Ketua Pemuda Seputeh.

Kenyataan Rasmi,

Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.

Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?

Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.

Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.

Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.

Kerajaan mesti menganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekirany ia terjadi kepada Agama-agama lain.

Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Seputeh
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Tuesday 28 February 2012

NOW : Forum Politik Baru Di Sunway

Sekarang sedang berlangsung forum Politik Baru : Antara Kebebasan & Tanggungjawab di Sunway Putra Hotel, Selangor.

Ahli panel terdiri daripada Lokman Adam,Tian Chua (PKR) & Dato Rahman Dahalan.

Monday 27 February 2012

Beromen Semasa Himpun Hijau




Ohhh perkenalan bermula semasa Himpunan Hijau Dosa 2.0telah membibitkan rasa² cinta. Time ni lah ambil kesempatan, orang ramai tengah berhimpun, baik kita beromen.


Tidak salah rasanya jika himpunan tersebut disifatkan sebagai himpunan dosa berganda². Baca lagi di sini tengok.

Mari baca lagi di siniiiiiiiiiiii 

THE POOR, EPF AND THE DUMMIES IN PAKATAN RAKYAT


As promised, today i am writing the final chapter of my three (3) part series article titled "THE POOR, EPF AND THE DUMMIES IN PAKATAN RAKYAT". The previous two (2) articles has touched on the following items:

1. A brief history - talking about the PPR residents request and grouses. 
2. Objective - talking mainly about the objective of developing this scheme for the poor
3. Approach/ Process taken
4. Brief summary

Today, i would write about the following items:

1. Payment structure involving EPF, SPV, DBKL and future house owners. 
2. Benefit of this loan to the poor
3. Rebuttal to all allegations by Tony Pua and Nurul Izzah 

Payment Structure


There was a lot of rubbish being mentioned by the opposition, especially Tony Pua and Nurul Izzah, who condemned the government for using EPF fund to finance this scheme. Their main concern was why provide direct loans to the poor, when they can't even get a bank loan? To answer this question, please look at the diagram below. 

Flow diagram of loan from EPF to house buyers
From the diagram above, it can be clearly shown that the loan from EPF/KWSP goes to the SPV that will be created under Yayasan Wilayah. However i would explain in detail the diagram above in detail:

1. DBKL offers PPR residents the opportunity to purchase their current houses. 
2. Once they have agreed, DBKL would sign the S&P agreement with the SPV which subsequently sign an agreement with the house buyers. 
3. The house buyers pays their installment to the SPV, and the SPV pays it to EPF. 
4. The loan from EPF is guaranteed by DBKL. So it is secured. 

Benefit

Firstly, to purchase the PPR houses, the current residents do not need to put any downpayment. Compared to loan by financial institution, where a minimum of 10% downpayment is required. This in itself benefit the poor and helps to reduce their burden. 

Read more here.

Friday 24 February 2012

Pemuda UMNO Mengamuk Lagi !

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Selangor dan NGO² Islam sekarang ini sedang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (PKR), di Tropicana, Damansara.

Tujuannya berhimpun adalah untuk mengutuk tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha menjaga keselamatan Israel.


Dalam masa yang sama, Pemuda UMNO dan NGO turut menyerahkan memorandum kepada Anwar Ibrahim untuk menarik balik kenyataannya menyokong Israel.

Turut sama dalam perhimpunan ini, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Dato Mokhtar danKetua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Mohd Jamal dan juga beberapa wakil NGO Islam beserta ratusan penyokong.



Baca di sini lagi.

Lim Guan Eng Kena Jawab RM10 Billion


Ketua menteri regim DAP Pulau Pinang,Lim Guan Eng cukup terkenal dengan lidah bercabang dan putar belit fakta.


Skandal RM10billion tanah yang dijual kepada Ivory Sdn Bhd telah mendedahkan berlaku penyelewengan,ketidak telusan dan berlaku ketidak cekapan mengurus aset kerajaan negeri hingga menyebabkan kerajaan negeri kerugian berbillion ringgit.


Unsur penyelewengan juga terdedah apabila didalam proses pembelian tanah tersebut dikatakan sebagai tender terbuka namun berlaku direct nego ,Malah Guan Eng bersama keluarganya pergi bercuti ke Italy:klik sini turut dikhabarkan dibiayai oleh orang kuat Ivory Sdn Bhd.


Video dibawah mendedahkan persoalan yang masih gagal dijawap oleh Lim Guan Eng,apa perlunya beretorik dengan jawapan politik sedangkan kerajaan negeri dan DAP hanya perlu jawap berdasarkan fakta.


Apa perlunya berselindung jika tidak melakukan penyelewengan .


KP Umno Pulau Pinang mendedahkan putar belit Lim Guan Eng .



Pisau kata "From Sabah With Love"


Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1nAPcfgdt

Tan Sri Khalid Gagap & RM 7.5 juta Jer


Saya tertarik dengan artikel Raja Petra Kamarudin hari ini yang menyatakan bahawa terdapat pergeseran di antara Azmin Ali dan dua Tan Sri di Selangor. Apa yang lebih menarik minat saya adalah pendedahan RPK bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dari PKR memberi projek-projek bernilai Berbillion Ringgit kepada seorang VIP yang juga sahabat karib beliau iaitu Tan Sri Lim Kim Hong. 

Saya rakin ramai yang tidak mengenali siapa Tan Sri Lim Kim Hong sebenarnya. Oleh itu, berikut adalah biodata beliau:

Lim Kim Hong
Lim Kim Hong adalah Pengasas I-Bhd dan telah menjadi Pengerusi Eksekutif sejak Julai 9, 2010.Y. Bhg. Tan Sri Datuk Lim berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif I-Bhd sehingga Februari 2009.Y. Bhg. Tan Sri Datuk Lim berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif I-Bhd dari Februari 2009 hingga Julai 2010 dan bertanggungjawab untuk menetapkan dasar dan hala tuju syarikat. 

Menarik di sini adalah Tan Sri Lim Kim Hong adalah pemilik I-Berhad. Untuk pengetahuan pembaca, sejak PKR memerintah Selangor selepas PRU-12. Jumlah projek yang diterima oleh sahabat karib MB Selangor ini berjumlah berbillion ringgit. Antara project yang diberikan kepada Tan Sri Lim Kim Hong adalah:

1. I-BERHAD, an integrated ICT developer, aims to launch a mixed real estate investment trust (REIT) worth more than RM1 billion in four to five years.The idea is to unlock the value of investments at i-City, the company's 29ha knowledge and tourism hub in Shah Alam, Selangor.

2. Wessex Water I-Bhd Consortium, a 50:50 joint venture between Wessex Water, a UK-based water and sewerage treatment company owned by YTL Corp Bhd, and I-Bhd was given the contract to clean up the Klang river, with a project worth RM 2 billion. 

3. Project I-City di Shah Alam yang mempunyai nilai GDV RM 4.5 billon.  

Jumlah keseluruhan project/ future project yang diterima oleh Tan Sri Lim Kim Hong bernilai RM 7.5 Billion dan ini hanya project di Selangor. 

Persoalan saya adalah, mengapa sebuah syarikat iaitu I-Berhad diberikan monopoli project yang sebegitu besar? Mengapa tiada syarikat bumiputera lain yang diberikan peluang oleh kerajaan negeri Selangor? Sampaikan kerja membersihkan sungai Klang pun dberikan kepada syarikat kroni. 



I do know Lim Kim Hong
Bagi pembaca yang hendak membidas saya, ini adalah pengakuan sendiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa beliau sememangnya kenal dengan Tan Sri Lim KIm Hong.

Thursday 23 February 2012

Kekalutan Isu Pelaburan EPF


Isu penjualan Perumahan Rakyat dan perumahan Awan yang di usahakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah dibangkitkan semula oleh Pihak Pembangkang, YB Tony Pua dan YB Nurul Ezah.

Sebagai rakyat biasa, saya pelik melihat telatah mereka yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat, sekiranya dahulu, PKR mendapat sokongan di kebanyakkan yang menginap di PPR, namun senario hari  ini amat berbeza kerana kerajaan telah mengotakan janji-janji.

Niat Pembangkang, tidak lain tidak bukan hanya mahu mendapat populariti terhadap apa sahaja isu yang di usahakan oleh Pihak Kerajaan sehingga sanggup mempergunakan usaha pihak kerajaan memberikan keutamaan membantu orang kurang berkemampuan di Bandar memiliki rumah.

Formula kerjasama Pihak Kerajaan dan pihak Swasta serta EPF melalui "Special Purpose Vehicle" iaitu Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan telah memberi peluang kepada penyewa  PPR untuk memiliki rumah.

Antara punca penyewa gagal mendapatkan pinjaman adalah tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan tetap, ini tidak bermakna mereka tidak mampu untuk membuat bayaran bulanan kepada pihak DBKL.

Janji pihak Kementerian kepada pencarum EPF adalah, hanya mereka yang tidak mempunyai "Tungakkan Sewaan" sahaja akan dibenarkan mendapatkan pinjaman perumahan, bukan itu sahaja, Pemilik juga diberi pilihan untuk terus menyewa seperti biasa atau mengambil peluang keemasan ini untuk memiliki harta sendiri.

Penemuan formula ini hasil dari kaji selidik pihak EPF serta Kementerian, dan pelaburan yang ditawarkan kepada EPF bukanlah satu pelaburan yang merugikan kepada pencarum kerana 5.5 peratus merupakan keuntungan kepada pihak EPF.

Pembeli juga tidak harus termakan hasutan daripada pembangkang kerana anda semua mendapat peluang memiliki harta dengan kadar 3% kurang daripada pinjaman biasa yang dikenakan oleh bank swasta iaitu sekitar 9.5%.
Saya percaya, semua pihak mahukan kehidupan yang baik dan selesa, melalui skim ini, penduduk PPR mempunyai peluang untuk memiliki harta didalam bandar yang sepatutnya dibeli dengan harga sekitar RM100,000 dan inilah yang membimbangkan pihak pembangkang kerana kerajaan BN telah meneruskan usaha membela rakyat kurang berkemampuan tidak kira di kampung ataupun di bandar.

Antara mereka yang tidak mempunyai bukti pendapatan tetap adalah peniaga nasi lemak, pemandu teksi, penjual kuih dan mereka yang berniaga kecil-kecilan, dan kemampuan mereka membayar bulanan kepada DBKL telah membuktikan mereka mampu untuk membayar sewaan bulanan.

Hasrat murni kerajaan adalah untuk membantu golongan ini untuk meningkatkan taraf kehidupan keluarga mereka dengan memiliki harta sendiri, memiliki rumah sendiri antara keinginan setiap keluarga dan usaha pihak Pembangkang menolak golongan ini memiliki rumah merupakan penghinaan kepada mereka dan keluarga mereka.

Saya mengesyorkan pihak Pembangkang turun sendiri ke PPR dan melihat sendiri kegembiraan keluarga-keluarga ini apabila mendapat sekeping surat pemilikan rumah. Kecerian seperti inilah yang diinginkan oleh setiap masyarakat di Malaysia tidak kira apa taraf pendapatan mereka kerana setiap mereka layak mendapat bantuan daripada pihak Kerajaan.

Saya juga merupakan pencarum EPF selama 19 tahun, dan saya telah menikmati dividen setiap tahun melalui pelaburan yang telah dibuat oleh pihak EPF dan selama ini tidak pernah pencarum memperolehi kerugian daripada pelaburan EPF dan saya percaya pelaburan ini juga tidak akan merugikan saya.

Program Pesara Bersama Kementerian Wilayah Persekutuan


Bertempat di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di Bandar Tun Razak. Sekarang sedang berlangsung Majlis Perjumpaan Pesara Kerajaan Bersama Kementerian Wilayah Persekutuan.


Program bermula jam 3.30 petang tadi. Anggaran kehadiran lebih 5,000 orang pesara² kerajaan.


Sekarang masih lagi berlangsung. Para jemputan yakni pesara² kerajaan yg hadir masih tertanya² apakah bakal ada pengumuman imbuhan mereka?


Hehe sama² kita nantikan sebentar lagi.


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin turut hadir sama.






- REZQEEN HILL

Dah Pekak Orang Tua Nih


Selepas 2 minggu isu "Anwar sokong Israel" diceritakan, hari ini sudah terjawab sudah, kata dua Nik Aziz yang telah dilemparkan kepada Anwar sudah ditelan semula.

Sebagai seorang MB, kata dua yang diberikan sudah tentu ianya sudah mendapat nasihat daripada pakar-pakar yang berada disekeliling beliau.

Ternyata MB paling lama dalam sejarah Malaysia sudah tidak relevan lagi dalam politik Negara.

Nik Aziz sudah tidak relevan dalam memberi kenyataan dan menjawab malah kadang-kadang reaksi memegang telinga mendengar ungkapan orang menunjukkan sifat beliau semakin kurang.

Walau apapun alasan Anwar berikan kepada beliau, perlu diingati bukan hanya Utusan yang melaporkan laporan WSJ, ianya juga dilaporkan oleh portal-portal pembangkang dan akhbar- akhbar pembangkang.

Memalukan sekiranya orang sudah memberi kata dua tetapi menarik balik demi untuk menjaga silaturahim Satu pihak.

Seseorang sudah tentu kene bertangungjawab terhadap tindakan kata dua nik aziz. Mungkin sudah masanya beliau sendiri neletak jawatan kerana hilang pendengaran atau hilang pertimbangan sehingga mengeluarkan kata dua.

Sumber : Suara Razlan's

Nurul Izzah & Tony Phua Runsing



Lebih banyak produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan berada di pasaran apabila peniaga runcit dan orang ramai akan turut dibenarkan menjual barangan berkenaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka yang berminat menjual produk KR1M boleh mendapatkan borang permohonan di kementerian berkenaan.

“Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi meneliti setiap permohonan yang akan dibuka sehingga akhir Mac ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen Bera di sini, hari ini. Beliau juga Anggota Parlimen Bera.

Ismail Sabri berkata, orang ramai atau peniaga runcit yang berminat untuk menjual produk KR1M boleh mendapatkannya di kedai KR1M berhampiran.

Kerajaan menyasarkan sebanyak 60 buah lagi KR1M dibuka tahun ini.

Setakat ini sebanyak 25 KR1M sudahpun beroperasi dengan menjual 250 jenis produk.

“Kerajaan juga menyediakan peruntukan RM40 juta tahun ini bagi mengubah suai kedai KR1M termasuk menyediakan almari, rak dan sebagainya,” katanya. – Bernama

Saturday 18 February 2012

Butoh N Surendran


N. Surendran, Naib Presiden PKR

Saya tergerak untuk menulis isu berkaitan blogger Saudi Arabia yang dihantar pulang ke negara asal kerana didapati menghina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini adalah isu dalaman negara Arab Saudi dan rakyat mereka sendiri. Sebagai sebuah negara yang pernah memimpin OIC dan sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam, saya berpendapat tindakan kerajaan adalah tepat dan amat baik. 

Namun, siapa N. Surendran untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Malaysia? Walaupun beliau adalah antara orang kuat parti PKR, melalui jawatan sebagai salah seorang Naib Presiden parti tersebut, ini tidak bererti beliau boleh sesuka hati mencampuri urusan seperti ini yang dianggap sensitif bagi umat Islam. Adakah Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil tindakan terhadap N. Surendan? 

Apakah N. Surendran dan PKR bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh rakyat Arab Saudi ini dan sanggup membela rakyat ini di dalam mahkamah Malaysia? Sehingga hari ini, parti paling "Islam" di Malaysia, PAS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mengecam tindakan yang dilakukan oleh rakyat Arab Saudi ini, mengapa? Persoalan saya adalah:
  1. Mengapa N. Surendran begitu teruja untuk mempertahankan seorang warga Islam Arab Saudi yang didapati telah menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w? 
  2. Adakah kenyataan N. Surendran ini adalah suara PKR? 
  3. Dimanakah Ulamak, Ustaz dan Tok-Guru di dalam PAS, mengapa diam seribu bahasa walaupun PKR dengan terang mempertahankan warga Arab Saudi ini? 
Saya berharap pembaca tidak lah mengikut sangat N. Surendran dan parti PKR ini, ini adalah isu dalaman negara Arab Saudi, kita sebagai sebuah negara Islam yang berhubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi telah melakukan tindakan yang betul. Biarlah kerajaan Arab Saudi berurusan sendiri dengan rakyatnya. 

Sekali lagi saya ingatkan N. Surendran, jangan Kay Poh lah!

Friday 17 February 2012

Anwar Ibrahim Shuffle

<iframe width="450" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/T9SwUDLOAgA" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Hihihihi

Thursday 16 February 2012

Najib Pun Di Celet Dahi





Blogger Panglima Perang Cyber mendedahkan ada lahanat PKR cuba mengaibkan Perdana Menteri dengan tanda calit di dahi.

Gambar ini diambil dari twitter totok PKR bernama Kamal Zakariah. Adakah benar gambar di atas ?


Barangkali terlalu kelam kabut mahu menutup 'kemaluan' Tuan Haji Anwar Ibrahim, juak-juak PKR hanya mampu melakukan superimpose gambar Najib.

Lagi di sini

Salam Pertama

SALAM PERTAMA 

Blog ni aku buat utk suka-suka nak cerita apa-apa saja.