Monday, 25 June 2012

Suara Keadilan Akhbar PENIPU !!

Muka depan akhbar Suara Keadilan memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.
Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keadilan, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga Datuk Seri Najib menjawab isu ini.
Mendesak Datuk Seri Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. Datuk Seri Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.
Kita tahu bahawa parti Pakatan Rakyat amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir.
Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.
Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.
Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?
Suara Keadilan harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.
Lebih dari itu, parti PKR sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang PKR sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.
Jika isu ini dibawa oleh PKR ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan PKR tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah PKR terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.

Wednesday, 20 June 2012

Sokongan Bersih 4.0 Meningkat



BANTAHAN terhadap Perhimpunan Haram Bersih 3.0 yang lepas terus mendapat sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat terutamanya yang menetap di Kuala Lumpur.


Semenjak bantahan dilancarkan 2 minggu selepas berlangsungnya perhimpunan haram tersebut, rakyat terus menerus menyuarakan rasa ketidakpuashatian melalui NGO yang menamakan diri mereka sebagai Bersih 4.0.

Seperti yang diketahui kebanyakkan mereka yang menyokong Bersih 4.0 adalah peniaga-peniaga yang terjejas pendapatannya semasa demontrasi haram berlangsung.

Namun menurut penganjur Bershit 3.0, mereka mengandaikan bahawa peniaga-peniaga di sekitar kawasan tersebut masih boleh memperolehi keuntungan jika mereka membuka perniagaan pada hari tersebut kerana ratusan rakyat berada di sana ketika itu.

Itu kata pembangkang namun implikasi dari perhimpunan tersebut lebih kepada merugikan negara dan menjejaskan ekonomi setempat kerana peniaga juga enggan mengambil risiko. Persoalan saya, keuntungan ketika itu hanya pada peniaga air botol dan keropok lekor saja. Namun bagaimana dengan risiko terhadap peniaga-peniaga kain dan tekstil.

Ketika peniaga cuba mengelak daripada risiko tersebut, tiba-tiba negara dikejutkan dengan tindakan kerajaan Arab Saudi yang membekukan visa Haji terhadap Malaysia kerana terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang terlalu jahil seperti Nik Aziz yang mencampur adukkan fahaman politik dengan agama. Inilah yang dinamakan keburukan berpakej-pakej untuk negara. Penyudahnya, bangsa dan agama sendiri yang rugi. Bangsa lain tak kata apa-apa ka?

Sumber : REZQEEN HILL

Siapa Rakyat Malaysia Disapina? Suaram Pembohong !!

SUARAM a.k.a pembangkang telah melakukan kerja yang baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.
Pada mulanya, mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun. Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali.

Kemudian, SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO 114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion! Tidak mungkin sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks, dan untuk SUARAM menyatakan sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan fitnah yang sebegitu bodoh.

Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan, sokongan serta pengurusan. Oleh itu, jika benar ianya dibayar terus kepada PM sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM, maka ia bermakna Malaysia telah menerima kapal selam secara percuma – yang mana pastilah tidak masuk akal langsung.

Bagi menambahkan 'perisa' kepada cerita ini, SUARAM menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam, yang kemudiannya dibunuh kejam oleh isteri PM.Tetapi, hakikatnya, segala urusniaga tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.

Baca lagi di Pu3 Segambut 

Monday, 18 June 2012

Terbukti Malaysia Bukan Negara Sekular

Pada sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi berfahaman pembangkang, menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara secular.    Inilah kesimpulan penulis melihat dari respon-respon segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr. Muhammad Uthman El Muhammady semalam.    Pada penulis sendiri yang tidak berganjak mendengar pembentangan kertas kerja Dr. Uthman, berpendapat pandangannya itu adalah berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai sekularisme ini, bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman.  Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan.    Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman, Ketua Hakim Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat, Tun Salleh Abas (yang juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular, sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini yang  bersifat sekular.    Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.  Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP – menubuhkan republik Malaysia.    Kepada peminat pembangkang yang gemar menggambarkan Malaysia ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular, setelah hampir semua perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah itu.    Tidak mungkin sama sekali sebuah negara sekular meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya, malah perkataan sekular itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan negara kita sejak dulu hingga sekarang, tak tahulah kalau Anwar dah mengambil alih nanti.    Keseluruhannya seminar ini bukan sahaja menafikan pandangan yang mengatakan negara ini adalah negara sekular, malah seminar ini turut mengesahkan bahawa cara negara ini diurus adalah bertepatan dengan Islam dan ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli Feqah.    Dari sistem pemerintahan beraja, berkerajaan dan pentadbiran semasa negara, semuanya adalah menepati kehendak Islam, walaupun masih banyak yang tidak lengkap tapi masih lagi tidak salah dari segi syariatnya.    Kenyataan ini sudah tentu tidak sahaja mengejutkan penyokong pembangkang malah penyokong kerajaan sendiri kerana dikeluarkan oleh profesional dan ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa.  Bagi penyokong kerajaan, kita memang yakin sistem berkerajaan kita menepati syariat Islam berdasarkan pandangan ulama tempatan, tak pulak kita sangka, ilmuan dan ulama terkenal dunia Islam turut berkongsi pandangan yang sama.    Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Barisan Nasional adalah jawapan terbaik kepada kerajaan mana satu yang sepatutnya memimpin setelah Pilihanraya Umum ke 13 berakhir.  Sistem sekarang bukan saja mendaulatkan Islam tapi juga memastikan hak bukan Islam tidak terbiar.    Kalau ada yang lebih baik dari ini, penulis suka nak mendengarnya.