Friday, 13 July 2012

Konvensyen Media Sosial

Kepada Pemuda, Puteri Barisan Nasional dan juga NGO² menyokong Barisan Nasional, tuan/puan dijemput untuk menghadiri Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan. Butiran seperti di bawah.

Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 7:30 Pagi - 2:00 Petang
Tempat :  Grandballroom, Hotel Regency, Jalan Raja Alang, KL

Sesiapa yang berminat boleh mendaftarkan diri semasa hari tersebut atau boleh mendaftarkan diri secara online dengan menyediakan butiran seperti di bawah.

Nama Penuh :
No Kad Pengenalan :
No Telefon :
Fb / Twitter / Blog :
Size Baju :

Emelkan kepada : daftarkms1m.wpkl@gmail.com

Hadiah bertuah menanti anda.

Hairie Othman Bongkak Dengan RM50,000

Pertama sekali, saya minta jangan buat pelbagai telahan dan tohmahan kepada pelakon yang kurang popular, Hairie Othman tentang popularitinya dan sumber kewangan yang diterima.

Bagi rakyat yang marhein seperti saya ini, kita tidak punyai hak seperti PAS untuk bersuara lantang dan bercakap mengenai sesuatu isu secara maki hamun dan sesuka hati. Namun saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian, bagaimana Hairie Othman yang menyertai PAS, boleh menjana pendapatan sehingga RM50,000.



Apa yang saya ingin tunjukkan di bawah ini, bukanlah Multi Level Marketing (MLM) dan para pembaca sekalian tak perlu mengajak 2 atau 5 atau 10 rakan untuk membaca blog saya ini bagi mendapatkan tawaran menarik dan apa² saja lah.

Kembali kepada cerita Hairie Othman mendapatkan RM50,000 secara mudah di dalam PAS. Persoalan yang ditimbulkan oleh Hairie ini sangatlah sukar dijawab oleh UMNO waima Perdana Menteri pun susah nak jawab soalan ini.

UMNO memang tak mampu berikan artis seperti Hairie Othman sebanyak RM50,000 untuk ceramah memaki hamun orang. UMNO juga tak mampu nak berikan ruang dan peluang kepada artis seperti Hairie untuk berada di atas pentas. Lihat sehingga sekarang, adakah mana² artis yang memasuki UMNO diberikan peluang untuk berceramah di hadapan public?



Jawapannya masih tiada lagi artis² yang memasuki UMNO berada di atas pentas politik. Mengapa??

Kerana UMNO lebih mengutamakan kualiti persembahan mereka yang berada di atas pentas. Kualiti persembahan bukanlah bermaksud nyanyian ataupun lakonan. Tapi persembahan penceramah diutamakan iaitu dari segi cara penyampaian yang berkesan, penampilan penceramah serta yang paling penting ialah content yang bernas hendak disampaikan.

Jika seseorang itu mempunyai isi kandungan yakni content yang banyak seperti blogger Pro UMNO namun tidak mempunyai ciri-ciri penceramah yang dikehendaki, maka dia tetap akan diklasifikasikan sebagai tidak bersedia dan tidak harus berada di atas pentas politik. Itulah kualiti yang diterapkan dalam UMNO.

Seterusnya, Hairie mengakui seperti dalam gambar di atas sekali bahawa beliau dibayar sebanyak RM50,000 untuk ceramah yang diadakan. Alhamdulillah, Hairie sudah menerima banyak job ceramah daripada PAS tapi adakah Hairie tahu bahawa job² tersebut sebenarnya datang dari kuasa mutlak Allah S.W.T, bukannya PAS semata²? Mungkin Hairie sudah hampir terpesong di situ akibat terlalu kelabu mata melihat jumlah wang RM yang berpuluh² ribu. Dugaan awal.

 

Seterusnya, adakah Hairie tahu bahawa disebabkan dirinya telah menjadi tukang kutip wang sedekah untuk setiap ceramah PAS yang dianjurkan. Maka budak² Unit Amal PAS dah tak da kerja nak buat? Dorang pun telah hilang mata pencarian duit upah kutip² sedekah ni.


Inilah kerja Unit Amal PAS yang sering turun membawa karung untuk memeras penonton supaya menyumbangkan sedekah, kata mereka sumbang untuk jalan Allah.


Rasanya Hairie Othman patut buat kerja ceramah je lah berbanding turun `padang membawa karung² untuk meminta secara paksaan daripada penonton yang hadir menghulurkan sumbangan 'ikhlas' lah sangat.

Percayalah wahai Hairie, bahawa kamu bukanlah yang pertama dan yang terakhir berada di dalam PAS. Hidup kamu akan jadi seperti Bob Lokman yang kian ditelan dunia glemer dan nafsu dunia PAS yang mencanak.

Thursday, 12 July 2012

Cina Paling Lahanat


Sebagai seorang yang berorientasikan hasil dari sesuatu pekerjaan, penulis biasanya tidak gemar menonton debat terutamanya apabila tujuannya bukanlah untuk membandingkan idea, cara atau penyelesaian terbaik untuk menangani sesuatu isu tetapi sekadar untuk memberi publisiti kepada pendebat.  Bagi penulis, debat yang tujuannya adalah untuk publisiti membuang masa dan tidak akan membawa ke mana kerana sehabis debat, tiada apa yang berlaku melainkan orang ramai bercakap-cakap mengenai pendebat dan bukannya penyelesaian.  

Namun, penulis harus akui bahawa debat antara Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agak menarik juga.  Menarik, di sini adalah dari segi pembentangan hujah mengenai isu yang ‘menambat’ masyarakat Cina di Malaysia akhir-akhir ini.  Diketahui bahawa faktor ‘kaum Cina’ merupakan faktor penting dalam menentukan keputusan pilihanraya ke-13.  Oleh itu, isu yang menambat hati mereka, pastilah menjadi isu penting untuk semua.  


Selama ini, pihak pembangkang giat menanam dalam fikiran penyokong mereka bahawa parti Barisan Nasional langsung tidak membela rakyat.  Seolah-olah selama ini, UMNO, MCA dan MIC tidak berbuat apa-apa dan negara ini kekal aman, makmur dan maju secara semulajadi.  

Seolah-olah keupayaan kaum Cina menguasai ekonomi negara ini adalah atas usaha mereka sendiri tanpa UMNO terlibat dalam mendengar dan memberikan mereka peluang dan tanpa MCA membela dan memperjuangkan hak mereka.    

Dan sudah tentu sekali, hujah yang sedemikian dapat dipatahkan dengan mudah oleh Datuk Seri Chua Soi Lek di dalam debat tersebut.  Beliau berjaya membentangkan hakikat bahawa jasa MCA dan BN terlalu banyak kepada semua kaum.    Dan beliau berjaya menyatakan dengan tegas bahawa sikap toleransi dan matang setiap parti dalam komponen BNlah yang meletakkan Malaysia di mana ia berada hari ini.  

Tiada satu pun dari semua fakta ini dapat dinafikan oleh Guan Eng dalam debat tersebut, apatah lagi apabila beliau sendiri merupakan produk MCA.  

Apa yang melucukan apabila Guan Eng cuba menggambarkan yang MCA adalah rasis dengan hanya berjuang untuk kaum Cina dan kononnya DAP adalah parti untuk semua kaum.  

Sememangnya MCA ditubuhkan untuk memperjuangkan kaum Cina, sepertimana UMNO untuk Melayu dan MIC untuk India.  Tugas MCA terhadap kaum Cina itu telah termaktub dan untuk Guan Eng membangkitkan hal ini sebagai isu, menjadikannya kelakar.  

Namun, MCA seperti juga UMNO dan MIC walaupun ditubuhkan untuk dan kerana kaum masing-masing, telah bersetuju dan sepakat untuk bekerjasama di bawah BN.   Dengan ikatan kerjasama ini, masing-masing memahami dan menerima tanggungjawab untuk menjaga sensitiviti, menghormati, bertolak ansur, malah melakukan sedikit pengorbanan, jika perlu, demi kebaikan semua pihak.  

Berlainan dengan DAP, walaupun mendabik dada sebagai parti untuk semua kaum tetapi majoriti ahlinya adalah dari satu kaum sahaja iaitu Cina dan kepimpinan tertingginya didominasi oleh bukan sahaja dari kaum yang sama, tetapi dari ‘clan’ yang sama juga.  

Malah, DAP juga telah terbukti menindas dan menganaktirikan kaum lain malah telah beberapa kali mencabar sensitiviti budaya dan agama yang dianuti kaum lain seperti mempersoalkan azan dan tulisan jawi di papan tanda jalan, sedangkan tulisan jawi bukan sahaja merupakan sebagai simbol agama rasmi tetapi juga warisan sejarah masyarakat Melayu negara ini.  

Suatu ketika DAP telah dengan sengaja menunjuk biadab dengan enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan Rakyat serta mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu.  Andainya Raja-raja terdapat di kalangan kaum Cina, kita pasti DAP tidak mungkin akan mempersoalkannya.  

Tetapi, apa yang lebih penting dan paling menarik dalam debat antara dua pemimpin kaum Cina ini ialah ia membolehkan kita menilai peribadi dan sikap mereka secara langsung.   Peribadi dan sikap pemimpin adalah penting bagi menentukan cara pemikiran dan pentadbiran mereka.  

Guan Eng ternyata banyak membaca teks dan tidak mampu mengemukakan hujah secara spontan.  Soi Lek pula tampil tenang dan matang dan tidak terlalu bergantung kepada teks.   

Cakap-cakap kedai kopi, malah ulasan di radio banyak memperkatakan tentang sikap Guan Eng yang tidak menepati jawatannya sebagai pemimpin negeri dan antara pemimpin tertinggi parti.  Guan Eng begitu beremosi, dan tidak mampu mengawal dirinya sehinggakan debat tersebut akhirnya menjadi satu ‘ceramah’ politik DAP.   

Menurut satu komen, Guan Eng kelihatan bagai seorang politikus jalanan atau ketua samseng yang hanya tahu mengejek dan memperkecilkan Soi Lek seolah-olah mengumpan beliau bertumbuk dengannya.  Dalam semua isu, Guan Eng gagal menyatakan hujahnya dengan baik, gagal mematahkan hujah Soi Lek dengan baik serta gagal menonjolkan kredibiliti dirinya sebagai pemimpin yang layak untuk menerajui sebuah negeri, sekali gus membuktikan yang DAP tidak layak untuk menerajui sebuah negara.  

Malah, Guan Eng sendiri tentu sudah dapat merasakan sendiri bahawa dirinya sudah kalah apabila beliau gagal menjawab soalan dari panelis iaitu, Datuk Seri Chor Chee Heung yang meminta penjelasan mengenai ‘janji-janji Buku Jingga’. Soalan mudah tersebut dijawab Guan Eng dengan gurauan dan menuduh Datuk Chor pastinya membaca Buku Jingga yang salah sebelum melalut keluar topik menceritakan mengenai pencapaian pentadbirannya di Pulau Pinang.  

Kesimpulannya, DAP adalah sebuah parti yang sesuai untuk para kongsi gelap dan samseng jalanan sahaja. Ia tidak sesuai untuk diletakkan sebagai parti pemerintah.  Sebelum ini, beberapa blog pernah mendedahkan bagaimana rupa surat rasmi yang ditulis oleh wakil-wakil DAP dalam Bahasa Kebangsaan yang tunggang langgang bagaikan ditulis oleh tauke jual sayur.  Pemimpin-pemimpin DAP juga telah beberapa kali menunjukkan sikap tidak beradap dan tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi seolah-olah tidak mendapat pendidikan dengan sempurna di rumah.  

Dengan skandal terbaru Guan Eng yang terdedah dan slogan ‘Cekap, Amanah dan Telus’ yang terbukti hanyalah retorik, bolehlah dikatakan yang bukan sahaja Guan Eng yang kalah debat tetapi DAP secara keseluruhannya sudah kalah dari segi isu, moral, kredibiliti dan segala-galanya.