Saturday, 28 April 2012

Pakcik Pitam Dibantu Polis

Sudahlah menyusahkan orang ramai dan Polis. Boleh pulak dia bantai pitam tengah-tengah kekecohan Bersih.

Penyudahnya semua penyokong Bersih blah tinggalkan pak cik ni keseorangan. Tak guna betol.

PDRM Bagus

Video pakcik pitam wah la weiii

http://t.co/EifzISdj
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Thursday, 19 April 2012

Kisah 1997 Mansuh PTPTN



Inilah al-kisah bagaimana PTPTN dibentangkan dan diluluskan serta merta oleh manusia yang gila kuasa, siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. Pada ketika itu yang bawa draf undang-undang PTPTN, DS Najib ketika beliau memegang jawatan sebagai Minister of Education. Dan yang meluluskan bajet ialah Anwar.  Duit mesti dari Anwar. Dah PTPTN di bawah Kementerian Pendidikan [di waktu itu] takkan Menteri Pertanian plak yang nak kena cadang Rang Undang-undang PTPTN? Yang pasti mesti kena dapat kelulusan dari MOF. Betul tak??

DS Najib tidak akan bawa  Rang Undang-undang ini kalau tak ada Green Light dari bos dia + dari MOF kerana MOF yang buat bajet berapa duit ada. Yang pasti, Anwar yang meluluskan bajet. Apa yang nak dikatakan di sini, Anwar pun terlibat dengan PTPTN. Kalau dulu dia  jujur nak tolong rakyat, dia tidak akan sewenang²nya meluluskan bajet PTPTN.

Dari menafikan tentang kesilapan Anwar luluskan PTPTN, lebih baik mengaku saja yang Anwar sememangnya terlibat dalam meluluskan bajet PTPTN. Bila dah kantoi pasal PTPTN, sibuk pencacai Pakatan Rakyat cari isu untuk backup balik Anwar.  Lagi satu, pilihan raya soal majoriti dan isu PTPTN berapa kerat je yang boleh dikira jika dibandingkan dengan jumlah pengundi. Apa tanggapan pelajar-pelajar yang tak dapat PTPTN  terutama sekali mereka yang tak berpeluang untuk sambung belajar. Bagaimanakah kehidupan dan susah payah keluarga mereka untuk menampung kos pembelajaran dan perbelanjaan harian anak mereka untuk pergi menuntut ilmu?? Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....


GR kata: Susah nak cari orang yang mengaku salah dan silap mereka demi untuk dapatkan sesuatu...Wajarkah PTPTN dimansuhkan???



Sumber : Gossip Rakyat

Wednesday, 18 April 2012

BN Pilihan Orang Muda

Jangan lupa tau hujung minggu ni ari Ahad.
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

'Mangsa' Radioaktif ARE Merungut Dari Syurga?

Jika anda membaca tajuknya pasti anda akan geleng kepala ataupun tertanya-tanya adakah ini benar atau tidak. Ikhlas saya bagitau, anda perlu membaca dulu posting di bawah ini terlebih dahulu.

Sekali lagi Sin Chew Jit Poh dan Guong Ming Daily menyiarkan iklan mengenai 'mangsa' radioaktif kilang Asian Rare Earth (ARE). Iklan satu muka penuh tersebut disiarkan masing-masing di muka 18 dan 7 yang pastinya berjumlah lebih RM100,000 lagi, bertujuan merayu sumbangan RM10 dari kaum Cina bagi menentang operasi Lynas di mahkamah.

'Mangsa' tersebut, Cheah Kok Leong yang dilahirkan terencat akal dan cacat fizikal telah pun meninggal dunia hampir tiga minggu lepas. Namun, mendiang kini tidak tenang dan masih berdendam kerana tidak dapat membuktikan bahawa bekas kilang tempat ibunya bekerja, iaitu ARE adalah punca kecacatannya dan mungkin juga kematiannya.

Dan kini, seperti yang dipaparkan oleh iklan satu muka tersebut, mendiang sedang merungut kerana telah mati! (Complaints from heaven: I don't want to die yet!!) Hebat sekali penangan radioaktif ARE sehingga walaupun sudah mati, masih lagi boleh berhubung dengan kita semua.

Sudah menjadi sikap pihak anti kerajaan untuk merungut mengenai segala-galanya. Kerana itu, walaupun berada di syurga, mereka masih lagi merungut.
Mungkin juga syurganya tidak begitu selesa kerana mendiang adalah dari jenis tak reti bersyukur. Mana tidaknya, sepatutnya orang yang sudah sampai ke syurga tidak ada penyesalan, tetapi mendiang masih ingin terus hidup di dunia walaupun dalam kecacatan. Justeru, mendiang telah ditempatkan di syurga paling lekeh - agaknya.

Sepatutnya, sebelum pihak Jawatankuasa Selamatkan Malaysia (Save Malaysia Committee (SMC)) bercakap mengenai Lynas dan mempermainkan mendiang Kok Leong, mereka harus terlebih dahulu membuktikan bahawa Kok Leong cacat dan akhirnya meninggal dunia disebabkan oleh pendedahan radioaktif dari kilang ARE.

Oleh itu, jika benar SMC adalah sekumpulan manusia yang ikhlas berjuang, prihatin dan bertanggungjawab, mereka wajib mengusahakan agar satu bedah siasat dilakukan bagi mengenalpasti punca kecacatan dan kematian Kok Leong sebelum memperalatkan mendiang bagi merayu sumbangan yang sebenarnya mereka tidak perlu pun.

Adalah tidak mungkin pihak yang mampu mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk menempah ruang iklan dan menggerakan demonstrasi besar-besaran, tidak mampu menanggung kos perundangan.

Kini, Kok Leong telah pun berada di syurga dan apa yang tinggal hanyalah rekod mahkamah iaitu "tiada bukti kilang ARE menjadi punca kecacatan Kok Leong".

Walaupun isu ini bukanlah isu Kok Leong atau ARE, tetapi demi mencapai tujuan mereka, pihak SMC telah mempergunakan Kok Leong sehingga mendiang menjadi tidak tenang di syurga.

Tindakan SMC ini tiada bezanya dengan tindakan DAP mempergunakan mendiang Teoh Beng Hock sebagai modal politik bagi mengalihkan pandangan ramai dari siasatan korupsi pemimpin mereka.

Hakikatnya, kilang Lynas telah dibuktikan sebagai selamat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan kita boleh menilainya sendiri melalui bukti-bukti saintifik yang dikemukakan.

Oleh itu, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki bahawa pihak ini, jika tidak bertujuan memberi publisiti kepada pembangkang terutamanya DAP, maka kemungkinan besar mereka sebenarnya ditugaskan untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi di Malaysia dengan apa cara sekalipun agar monopoli nadir bumi negara China tidak terjejas.
Post Guna BlackBerry® Je

Tuesday, 10 April 2012

MB Selangor @khalidibrahim Terlalu Rakus Sehingga Ke Bandar Tun Razak

Kerakusan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri BesarTan Sri Khalid Ibrahim memang tiada tandingan berbanding dengan negeri² lain di bawah pemerintahan Pakatan Jahanam.


Pelbagai kemungkaran dan ketidakadilan terjadi kini di negeri Selangor khususnya. Habis semua padang² bola sepak yang dimiliki kerajaan negeri telah dirancang untuk dibangunkan. Kata kerajaan negeri, pembangunan ini memberi manfaat berguna kepada rakyat setempat.

Apa yang bergunanya pada rakyat setempat wahai Khalid Ibrahim oi !! Ini semua retorik bertujuan mengaut keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial kerajaan negeri kepada rakyat.

Baca di sini, sini, sini dan sini.

Itulah situasi yang melanda di negeri Selangor. Tapi dek kerana terlalu banyak padang bola sepak ditutup di negeri Selangor, kini Khalid Ibrahim buat hal sekali lagi di Bandar Tun Razak, KL iaitu kawasan Parlimennya sendiri.

Menurut pemerhatian dan sumber rujukan saya mendapati, Khalid Ibrahim telah menyewa 3 buah padang di sekitar Bandar Tun Razak iaitu Padang Bola BP, Padang Bola Sri Johor dan Padang Bola Sri Melaka bertujuan mengadakan perlawanan bola sepakLiga Selangor.
Padang Bola BP

Apa ni Khalid Ibrahim? Nak adakan perlawanan bola sepak setiap minggu Liga Bola Sepak Selangor di dalam kawasan Kuala Lumpur.

What the hell !!

Apa negeri yang KAYA tu tak boleh sewa stadium² sekitar negeri Selangor ker? Stadium Shah Alam ada, stadium PKNS ada, stadium Uitm, Shah Alam ada.



Teruskan membaca di REZQEEN HILL

PM Pangku Jawatan Menteri Pembangunan Wanita & Keluarga, So What?

Pemimpin pembangkang sekarang makin lama makin mereng otaknya, ada saja isu yang mereka rekacipta untuk kepuasan sendiri tanpa mengira logik atau tidak setiap isu yang mereka spekulasikan itu.

Perihal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memangku jawatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pun boleh mereka jadikan isu dengan menggambarkan kononnya isteri PM, Datin Seri Rosmah akan menguasai kementerian tersebut secara tidak langsung.

Dengan kata lain, pembangkang cuba menanam keyakinan umum kononnya PM tidak mempercayai pemimpin wanita UMNO yang lain untuk mengambil alih jawatan Menteri yang sebelum ini dijawat oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Melihat kepada spekulasi yang digembar gemburkan oleh pemimpin pembangkang itu, ternampak jelas tujuan mereka hanyalah untuk merosakkan reputasi PM dan isterinya di mata rakyat.

Resam pemimpin pembangkang sejak dulu hingga sekarang rutin hariannya mencipta isu, misal kata kalau PM melantik Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim ke jawatan tersebut, mereka akan mengatakan PM menyebelahi Kamilia untuk menjatuhkan Shahrizat.

Jika Ketua Puteri UMNO pula dilantik ke jawatan Menteri, PM akan di tuduh sengaja menafikan hak pemimpin Wanita UMNO.

Apa saja langkah PM tentu saja akan dijadikan isu dan dispekulasikan mengikut kemahuan pembangkang sementelah pula tabie penyokong bawahan mereka ramai dari jenis makan bersuap tanpa soal jawab, lagilah mudah untuk terima buta tuli setiap isu yang dibangkitkan oleh pemimpin mereka.

Sedangkan semua maklum, langkah PM memangku sementara jawatan tersebut bertitik tolak daripada permintaan Wanita UMNO sendiri sewaktu perjumpaan tempohari bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan Pergerakan Wanita UMNO.

Sebenarnya, pemimpin pembangkang tahu apabila jawatan kementerian tersebut dipangku sementara oleh PM ianya akan meningkatkan semangat ahli Pergerakan Wanita UMNO untuk fokus pada gerakan menghadapi pilihanraya.

Tidak timbul isu Rosmah akan mengambil alih jawatan tersebut atau menguasainya secara tidak langsung, lagipun dalam sejarah UMNO mahupun BN tidak pernah sesekali melibatkan isteri dalam urus tadbir negara, negeri atau parti.

UMNO dan BN bukannya seperti PKR mahupun pun DAP yang menjadikan parti sebagai milik keluarga.
Post Guna BlackBerry® Je

Friday, 6 April 2012

Salah UMNO!! @AdamAdli


Terbaiik sungguh lakonanmu Adam Adli. Go fuck your self anjing PKR !!

Thursday, 5 April 2012

Desak Azmin Berundur Untuk Dapatkan Kerusi Bukit Antarabangsa

Samada benar ataupun tidak dan juga samada ini hanyalah lakonan atau sandiwara Pembangkang untuk mengalihkan tumpuan isu² yang melanda Pakatan Haram. Namun situasi ini agak jarang berlaku – ahli PKR sendiri mendesak pemimpin tertinggi berundur, kita janganlah dilalaikan kononnya demokrasi yang sebenar sudah wujud dalam PKR.  Kenyataan media semalam oleh beberapa ahli jawatankuasa PKR Ampang yang diketuai Ketua Penerangannya,  Mohd Isa Mohd Saidi sebenarnya adalah permulaan kepada perebutan kerusi mana yang patut ditandingi dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam kes Mohd Isa, beliau sedang mengintai kerusi Bukit Antarabangsa yang kini diduduki Azmin.

Justeru tidak hairan kenapa Mohd Isa berani mengambil kesempatan dari pelbagai dakwaan salahguna kuasa, pemilikan saham sehingga hubungan seks antara isteri Azmin dengan Anwar Ibrahim satu ketika dahulu untuk mendesak Azmin menjelaskan situasi sebenar atau meletakkan jawatan!!

Mohd Isa tahu, inilah masa yang sesuai untuk pencalonan bagi kerusi Bukit Antarabangsa yang diidamkannya itu jatuh ke tangannya kerana maklumat menunjukkan dia telah mempromosikan dirinya sebagai bakal wakil rakyat di kawasan tersebut sejak beberapa tahun sudah.

Dengan PKR akan mengamalkan konsep satu calon untuk satu kerusi, Mohd Isa rasa dia berhak dan layak untuk bertanding disitu, tapi apabila Azmin dilantik mengetuai PKR Selangor (permulaan kepada meletakkan Azmin sebagai MB Selangor), kedudukkan Mohd Isa sudah mula tergugat.  Maka itu seperti yang diterangkan di atas, Mohd Isa mengambil kesempatan dari kekecohan yang berlaku sekarang untuk kepentingan dirinya dan segelintir ahli jawatankuasa Cabang Ampang yang telah diperalatkannya.

Kita semua perlu difahamkan, pertandingan kali ini berbeza dengan 2008.  Pada 2008, hanya segelintir sahaja yang menjangkakan BN akan kalah teruk,  hilang beberapa negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.  Tidak terkecuali pembangkang.  Sebab itu ntah siapa-siapa diangkat menjadi calon tapi akhirnya menang!

Pendek kata, dulu tak siapa hairan nak jadi calon pembangkang tapi sekarang berbunuhan pun sanggup, kalau diperlukanlah.

Jadi tidaklah mustahil untuk situasi yang tidak menyebelahi Azmin kali ini, digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam PKR sendiri untuk menjatuhkannya.  Penulis tidak hairan kalau apa yang dilakukan Cabang Ampang ini adalah satu kepada permulaan yang lebih besar.  Malah telah juga disebutkan semalam, beberapa cabang lain dalam negeri Selangor juga akan mendesak Azmin berbuat perkaran yang sama.

Azmin terlupa, dia tidak boleh selamanya menjadi 'untouchable' dalam PKR.  Dulu mungkinlah kerana kurang sangat orang yang nampak potensi PKR ini pada satu ketika akan berjaya juga membentuk kerajaan.  Tapi tsunami 2008 mengubah keadaan itu.  

Semut mana yang tidak tertarik kepada gula ya tak.

Penulis tahu, Azmin tidak mungkin tampil menjelaskan segala tuduhan yang telah dilemparkan kepada dia dan isterinya Shamsidar.  Ambil yang mudah cukup, saham.  Tak sampai 1 hari dia mencabar supaya bukti pemilikan sahamnya didedahkan, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari tampil dengan bukti tersebut.

Silap-silap, kalau dia mengulangi cabaran supaya Nalla atau Ummi mengemukakan bukti yang isterinya pernah melakukan zina dengan Anwar (dalam pengetahuannya), berkeping-keping gambar dan video akan ditunjukkan kedua Nalla dan Ummi untuk menyahut cabaran Azmin.

Kalau itu berlaku, apa pilihan yang Azmin ada?  Sudah tentu tidak ada pilihan lain, melainkan mengundurkan diri atau memujuk Anwar tampil dengan kenyataan yang sebenarnya tidak menjawab persoalan yang dikemukakan.

Dalam isu pemilikan saham ini pun, sehingga sekarang Azmin tidak berbunyi apa-apa, ini pulak lagi nak cakap soal zina isterinya dengan Anwar?

Jadi Mohd Isa sebenarnya mengambil tindakan yang betul dalam mendesak Azmin kerana Mohd Isa pun tahu Azmin tidak akan berbunyi apa-apa mengenai dakwaan zina Anwar dengan isterinya.  Soal saham itu mungkin, sebab dokumen boleh dinafikan ketulenan dan apa lain yang berkaitan sehingga memakan masa bertahun-tahun.

Lagipun apa masalah dapat saham?

Berbeza pula dengan tuduhan yang satu lagi.  Itu boleh menjadi persepsi yang besar yang bukan sahaja menjatuhkan imej dirinya, tapi keluarganya dan Anwar juga sebab bukti kepada perlakuan tersebut sudah menjelma menjadi seorang gadis dewasa kini.  Nak lari kemana?

Wednesday, 4 April 2012

Mereka Tolak Laporan Minoriti

Inilah dia antara rancangan Pembangkang untuk cover kelemahan sendiri dengan menolak laporan minoriti dalam cubaan menutup kepincangan dalam daftar pemilih kotor

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan penolakan usul laporan minoriti oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini sebagai cubaan untuk menutup kepincangan dalam daftar pemilih.

Ini kerana katanya, laporan minoriti itu antara lain secara jelas mengemukakan bukti senarai daftar pemilih belum bersih.

Beliau merujuk isu 42,000 pengundi ragu yang tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi yang berkongsi alamat sama.

“Bagi saya jelas menunjukkan keangkuhan, tidak mahu dengar, dan tidak bagi ruang untuk kita bagi penjelasan dan tunduk kepada tuntutan Umno.

“(Ini kerana) saya lihat laporan minoriti itu mendedahkan bahawa SPR gagal memastikan senarai pemilih yang sah,” katanya pada sidang media bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat petang tadi.

Terdahulu beliau melahirkan rasa kecewa terhadap sikap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul laporan minoriti untuk dimuatkan bersekali dalam laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya.

Beliau juga kesal kerana Pandikar didakwa tidak mahu mendengar hujah ahli parlimen Pakatan berhubung bukti atau ‘precedent’ laporan minoriti pernah dibuat di negara-negara Komenwel lain.

“Speaker menolak dengan dengan alasan tidak ada ‘precedent’.Dia kemudian tak mahu layan langsung perbincangan.

“Dia yang tiga kali cadang supaya kita kemukakan alasan precedent. Bila kita kemukakan dia tak mahu dengar,” tegasnya.


Anwar bersama anggota Parlimen Pakatan dalam sidang media selepas Speaker luluskan laporan PSC tanpa bahas

Terdahulu, dewan rakyat kecoh apabila berlaku perang mulut antara ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan BN berhubung pertikaian penolakan laporan minoriti oleh Pandikar.

Kekecohan itu juga menyaksikan Azmin Ali (PKR Gombak), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor) dan Sivarasarasiah (PKR Subang) diarah keluar dewan oleh Pandikar.

Suasana tegang itu juga memaksa Pandikar membuat undian belah bahagi bagi meluluskan usul PSC tanpa bahas kerana berpendapat ahli parlimen Pakatan Rakyat ‘tidak berminat’ untuk berbahas yang kemudian diluluskan.

Mengulas perkara itu Anwar sekali lagi membidas sikap Speaker yang membuat kesimpulan mudah sebegitu.

“Siapa yang boleh putus kita tak minat bahas. Kita bangun nak selesaikan ini dahulu kemudian nak bahas.

“Kita bawa dokumen (untuk bahas) tapi sengaja ambil alasan, takut hujah dikemukakan dan rakyat tahu,” katanya.

Ulasan : Bacul !!

Tuesday, 3 April 2012

Bodyguard Adam Adli Seorang Gay

Apa yang Adam Adli buat di Kerinchi? Mengapa dia tiba-tiba terjongos entah dari mana mahu menyibuk di Lembah Pantai? Mengapa dia tadi tiba-tiba menyerbu tangga yang sudah dikawal pihak penguatkuasa dan terus lari ke atas dengan kawan-kawannya, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree.

Apa sangkut-paut mereka di Lembah Pantai? Tahukah mereka sebanyak 433 keluarga mahukan perobohan dilakukan bukan sekarang, TAPI 2 TAHUN LALU!!

Tapi hak mereka dinafikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai sendiri, si Minah BSF, Bangkang, Spin dan Fitnah. Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR.

Minah BSF ni dengan cakap lembut dia menipu sana-sini, bawak orang luar, sengaja mahu buat kekecohan.

Lagi best bawak pulak si Gay Ekhsan ni. Apa kes ni Nurul? Apa masalah ko sebenarnya?

Untuk makluman semua yang lead Demo tadi adalah 2 orang CINA! Tapi penduduk 4 tingkat 100% Melayu!

Cina ni apa-sangkut paut dengan Kerinchi?

Cina-cina ini jugaklah yang minggu lepas siap masuk surau 4 Tingkat Kerinchi pakai seluar pendek.

Ingat lagi berita yg saya dedahkan minggu lepas? Ha, ini semua orang-orang yang sama.

Satu lagi orang luar. Orang Cina. Siapa dia ini? Dia ini menjadi ketua hari ini, 
dan kawan-kawannya lah yang keluar masuk Surau 4 Tingkat 
pakai seluar pendek minggu lepas Mengapa dibiarkan Setan ini 
menafikan hak 433 keluarga? Mengapa Nurul?



Kisah-Kisah Bodoh Di Parlimen Nurul Izzah Hari Ini




Orang nak bagi pembangunan yang lebih baik tapi ada pula pihak yang cuba mensabotaj niat baik kerajaan untuk rakyat. Pihak inilah yang busuk hati melihat rakyat mendapat faedah daripada kerajaan Malaysia.

Kat bawah ni pula twitter dari Setpol Nurul Izzah. Dia kata Adam Adli yang berada di kawasan Lembah Pantai (tempat merobohkan flat 4 tingkat) telah ditumbuk dan ditendang.


Tapi melalui twitter Adam Adli, dia kata dah kene dua das (tumbukan).

So mana satu yang betul sekarang ini?

Nampak sangatlah budak² Solidariti Mahasewel Malaysia (SMM) sengaja mempermainkan isu kononnya dipukul oleh orang UMNO di Lembah Pantai.

Baca lagi blog Rezqeen Hill

Monday, 2 April 2012

Peluang BN Pada PRU Akan Datang


Teka-teki pilihanraya kini bermain di kepala hampir semua rakyat Malaysia.  Rata-rata Kedengaran rakyat bertanya dan berbincang sesama sendiri tentang tarikh pilihanraya.   Ada yang menjangkakan ia akan diadakan pada bulan Jun/Julai.  Ada yang juga yang meneka September ataupun paling lambat Januari, menurut mereka.  


Mungkin ramai yang mengharapkan pilihanraya secepat mungkin kerana telah letih dengan politik terutamanya politik pihak pembangkang yang penuh retorik dan janji-janji manis.   Sedangkan politik BN tidak pula begitu kerana BN berpolitik dengan cara memberi khidmat dan bantuan langsung kepada rakyat dan bukannya dengan hanya bercakap kosong semata-mata.  


Nampaknya, pembangkang masih tidak mampu menyaingi BN dari segi berpolitik secara bijak dan berkesan walaupun ‘guru’ mereka bukan calang-calang iaitu NDI, satu badan di bawah CIA yang membantu melatih dan merangka pelan rampasan kuasa dari pemerintah yang sah.  


Melalui tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan.   Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah.   


Antaranya, pembangkang akan memainkan isu remeh yang dibuat-buat seperti memburukkan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri.  Ini diharap dapat membantu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Perdana Menteri, isteri dan akhirnya kerajaan secara keseluruhan.  


Sebelum ini, pembangkang bergantung harap kepada isu NFC, tetapi isu itu juga sudah tidak relevan apabila Menteri yang terlibat meletakkan jawatan.  


Pembangkang juga berharap yang isu Felda mampu memberi sedikit ‘muka’ kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan membawa pembangkang ke mana.  


Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh ‘membunuh’ terus imej pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang peneroka dari mendapat durian runtuh.    Lebih malang lagi bagi mereka ialah apabila Dato’ Seri Najib sendiri telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan dalam penyenaraian FGVH.  


Itu belum lagi dikira skandal-skandal rasuah dan seks yang melanda pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dari segenap golongan sama ada yang bukan Islam, yang Islam liberal, yang bergelar Ustaz mahupun yang digelar Imam Mahadi yang mana telah benar-benar meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sesak nafas.   Selain itu, isu Anwar menyokong Israel juga membuatkan pembangkang tergaru-garu kepala.   Dan kemudiannya pendedahan oleh Nallakarupan pula lagi satu bala.  


Tanpa isu-isu yang signifikan, pembangkang sukar untuk mempromosi diri sekali gus meraih sokongan rakyat.   


Semua ini ditambah dengan pencapaian Dato’ Seri Najib yang amat memberangsangkan selama hanya 3 tahun memerintah, menyebabkan pembangkang hampir pasti akan kalah teruk dalam pilihanraya yang akan datang.  Dalam ertikata lain, BN akan menang besar.  


Pembangkang telah mendapat mandat menerajui 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas.  Ini bermakna pembangkang sudah berkuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah selama 4 tahun dan Kelantan selama 22 tahun.   


Namun, antara 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib dengan 4 tahun mahupun 22 tahun pemerintahan pembangkang perbezaannya amatlah ketara.    


Selama 4 tahun, pembangkang jangankan dapat membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik, malah masalah keperluan asas rakyat juga tidak mampu ditangani seperti  masalah pembuangan sampah dan bekalan air.  


Jika yang asas juga sudah tidak mampu ditangani, bagaimana kita boleh mengharapkan pembangkang mampu berbuat lebih dari itu seperti menjana ekonomi, meningkatkan pendidikan, sosial dan lain-lain lagi?   




Berbanding dengan 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib, pelan transformasi beliau bukan sahaja berjalan lancar malah telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan juga.   Rakyat juga dapat menikmatinya secara langsung melalui bantuan BR1M, Bantuan Tunai Persekolahan, Rumah Pertama, SARA, KR1M,  Dana Belia, kenaikan gaji kakitangan awam dari 7-13 peratus dan lain-lain lagi.  Golongan veteran juga tidak dilupakan melalui imbuhan RM3000 skim JASA Veteran.   


Beliau juga berjaya memansuhkan ISA, menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam.   Tidak cukup dengan itu beliau juga melancarkan Klinik 1Malaysia serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) untuk membantu warga emas, OKU dan kanak-kanak miskin.  


Biasiswa Nasional juga diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum.  


Ini hanya sebahagian dari pencapaian Dato’ Seri Najib selama tiga tahun yang dapat dilihat dan dirasai secara langsung oleh rakyat.    Jika dilihat dari skop yang lebih luas, pencapaian beliau adalah jauh lebih besar yang mana meliputi jangka masa yang panjang melalui aspirasi 1 Malaysia serta pelan-pelan yang terkandung dalam NKRA, GTP, ETP mahupun NEM.  


Berdasarkan kepada semua faktor di atas, kita pasti BN tidak akan ada masalah untuk menang besar dalam pilihanraya kali ini.