Wednesday, 2 August 2023
KIND INVESTMENT PROPOSAL
I'm a financial broker & advisor in Canada. I am contacting you on behalf
of my client in Afghanistan, who wants to move out from Afghanistan due to
the ongoing unrest in the country.
He is a successful businessman who wants to invest in your country through
you as a partnership as soon as possible. Kindly reply with your investment
ideas with the benefit of doubt that my client will not lose his funds for
any reason whatsoever.
Upon your reply I will provide you with details and the amount involved.
Thank you
Bashar Abdullah
Email; abdullahbashar800@gmail.com
Thursday, 15 September 2022
Thursday, 25 August 2022
Wednesday, 10 August 2022
Sunday, 1 May 2022
Sunday, 24 April 2022
Thursday, 18 October 2012
Last Kopek Nasib PAS Di Kelantan
Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.
Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.
Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz standaco Sdn Bhd tanpa melalui prosedur yang betul.
Ini sekaligus mengesahkan desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku, penyelewengan dan rasuah dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.
Sudahlah begitu, janji manis Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya.
Tambah menyemarakkan orang ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.
Janji dividen RM200.00 sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian dengan PAS negeri sahaja.
Lebih 80,000 ekar tanah kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.
Berulang kali rakyat bangkit membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar kelantan, Nik Aziz Nik Mat hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik.
Walhal, hak rakyat ditindas dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.
Sebelum ladang dibuka, segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan dalam PAS dan kerajaan negeri. Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.
Bila segala isi perut hutan belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa kepada pencemaran sumber air, barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.
Kononnya tujuan pembangunan Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA, ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.
Itupun pemimpin PAS masih mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional.
Patutnya pemimpin PAS perlu berani membela nasib rakyat Kelantan terutama penduduk di Selatan Kelantan yang sudah bertahun-tahun tertindas dek kerana kegagalan Ladang Rakyat yang diluluskan oleh MB dan Exconya.
Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) kelak, usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri oleh pemimpin PAS.
PRK DUN Galas tahun 2010 dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan gerombolan PAS Kelantan.
PAS pasti tersungkur menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas digergaji dan ditarah sesuka hati.
Update via BlackBerry® Smartphone Powered By UMNO
Sunday, 14 October 2012
Friday, 13 July 2012
Konvensyen Media Sosial
Hairie Othman Bongkak Dengan RM50,000
Bagi rakyat yang marhein seperti saya ini, kita tidak punyai hak seperti PAS untuk bersuara lantang dan bercakap mengenai sesuatu isu secara maki hamun dan sesuka hati. Namun saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian, bagaimana Hairie Othman yang menyertai PAS, boleh menjana pendapatan sehingga RM50,000.
Apa yang saya ingin tunjukkan di bawah ini, bukanlah Multi Level Marketing (MLM) dan para pembaca sekalian tak perlu mengajak 2 atau 5 atau 10 rakan untuk membaca blog saya ini bagi mendapatkan tawaran menarik dan apa² saja lah.
Kembali kepada cerita Hairie Othman mendapatkan RM50,000 secara mudah di dalam PAS. Persoalan yang ditimbulkan oleh Hairie ini sangatlah sukar dijawab oleh UMNO waima Perdana Menteri pun susah nak jawab soalan ini.
UMNO memang tak mampu berikan artis seperti Hairie Othman sebanyak RM50,000 untuk ceramah memaki hamun orang. UMNO juga tak mampu nak berikan ruang dan peluang kepada artis seperti Hairie untuk berada di atas pentas. Lihat sehingga sekarang, adakah mana² artis yang memasuki UMNO diberikan peluang untuk berceramah di hadapan public?
Jawapannya masih tiada lagi artis² yang memasuki UMNO berada di atas pentas politik. Mengapa??
Kerana UMNO lebih mengutamakan kualiti persembahan mereka yang berada di atas pentas. Kualiti persembahan bukanlah bermaksud nyanyian ataupun lakonan. Tapi persembahan penceramah diutamakan iaitu dari segi cara penyampaian yang berkesan, penampilan penceramah serta yang paling penting ialah content yang bernas hendak disampaikan.
Jika seseorang itu mempunyai isi kandungan yakni content yang banyak seperti blogger Pro UMNO namun tidak mempunyai ciri-ciri penceramah yang dikehendaki, maka dia tetap akan diklasifikasikan sebagai tidak bersedia dan tidak harus berada di atas pentas politik. Itulah kualiti yang diterapkan dalam UMNO.
Seterusnya, Hairie mengakui seperti dalam gambar di atas sekali bahawa beliau dibayar sebanyak RM50,000 untuk ceramah yang diadakan. Alhamdulillah, Hairie sudah menerima banyak job ceramah daripada PAS tapi adakah Hairie tahu bahawa job² tersebut sebenarnya datang dari kuasa mutlak Allah S.W.T, bukannya PAS semata²? Mungkin Hairie sudah hampir terpesong di situ akibat terlalu kelabu mata melihat jumlah wang RM yang berpuluh² ribu. Dugaan awal.
Seterusnya, adakah Hairie tahu bahawa disebabkan dirinya telah menjadi tukang kutip wang sedekah untuk setiap ceramah PAS yang dianjurkan. Maka budak² Unit Amal PAS dah tak da kerja nak buat? Dorang pun telah hilang mata pencarian duit upah kutip² sedekah ni.
Rasanya Hairie Othman patut buat kerja ceramah je lah berbanding turun `padang membawa karung² untuk meminta secara paksaan daripada penonton yang hadir menghulurkan sumbangan 'ikhlas' lah sangat.
Thursday, 12 July 2012
Cina Paling Lahanat
Monday, 25 June 2012
Suara Keadilan Akhbar PENIPU !!
Wednesday, 20 June 2012
Sokongan Bersih 4.0 Meningkat
Siapa Rakyat Malaysia Disapina? Suaram Pembohong !!
Monday, 18 June 2012
Terbukti Malaysia Bukan Negara Sekular
Pada sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi berfahaman pembangkang, menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara secular. Inilah kesimpulan penulis melihat dari respon-respon segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr. Muhammad Uthman El Muhammady semalam. Pada penulis sendiri yang tidak berganjak mendengar pembentangan kertas kerja Dr. Uthman, berpendapat pandangannya itu adalah berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai sekularisme ini, bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman. Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan. Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman, Ketua Hakim Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat, Tun Salleh Abas (yang juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular, sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini yang bersifat sekular. Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh. Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP – menubuhkan republik Malaysia. Kepada peminat pembangkang yang gemar menggambarkan Malaysia ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular, setelah hampir semua perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah itu. Tidak mungkin sama sekali sebuah negara sekular meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya, malah perkataan sekular itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan negara kita sejak dulu hingga sekarang, tak tahulah kalau Anwar dah mengambil alih nanti. Keseluruhannya seminar ini bukan sahaja menafikan pandangan yang mengatakan negara ini adalah negara sekular, malah seminar ini turut mengesahkan bahawa cara negara ini diurus adalah bertepatan dengan Islam dan ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli Feqah. Dari sistem pemerintahan beraja, berkerajaan dan pentadbiran semasa negara, semuanya adalah menepati kehendak Islam, walaupun masih banyak yang tidak lengkap tapi masih lagi tidak salah dari segi syariatnya. Kenyataan ini sudah tentu tidak sahaja mengejutkan penyokong pembangkang malah penyokong kerajaan sendiri kerana dikeluarkan oleh profesional dan ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa. Bagi penyokong kerajaan, kita memang yakin sistem berkerajaan kita menepati syariat Islam berdasarkan pandangan ulama tempatan, tak pulak kita sangka, ilmuan dan ulama terkenal dunia Islam turut berkongsi pandangan yang sama. Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Barisan Nasional adalah jawapan terbaik kepada kerajaan mana satu yang sepatutnya memimpin setelah Pilihanraya Umum ke 13 berakhir. Sistem sekarang bukan saja mendaulatkan Islam tapi juga memastikan hak bukan Islam tidak terbiar. Kalau ada yang lebih baik dari ini, penulis suka nak mendengarnya.
Saturday, 28 April 2012
Pakcik Pitam Dibantu Polis
Penyudahnya semua penyokong Bersih blah tinggalkan pak cik ni keseorangan. Tak guna betol.
PDRM Bagus
Video pakcik pitam wah la weiii
http://t.co/EifzISdj
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile
Thursday, 19 April 2012
Kisah 1997 Mansuh PTPTN
Inilah al-kisah bagaimana PTPTN dibentangkan dan diluluskan serta merta oleh manusia yang gila kuasa, siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim. Pada ketika itu yang bawa draf undang-undang PTPTN, DS Najib ketika beliau memegang jawatan sebagai Minister of Education. Dan yang meluluskan bajet ialah Anwar. Duit mesti dari Anwar. Dah PTPTN di bawah Kementerian Pendidikan [di waktu itu] takkan Menteri Pertanian plak yang nak kena cadang Rang Undang-undang PTPTN? Yang pasti mesti kena dapat kelulusan dari MOF. Betul tak??
DS Najib tidak akan bawa Rang Undang-undang ini kalau tak ada Green Light dari bos dia + dari MOF kerana MOF yang buat bajet berapa duit ada. Yang pasti, Anwar yang meluluskan bajet. Apa yang nak dikatakan di sini, Anwar pun terlibat dengan PTPTN. Kalau dulu dia jujur nak tolong rakyat, dia tidak akan sewenang²nya meluluskan bajet PTPTN.
Dari menafikan tentang kesilapan Anwar luluskan PTPTN, lebih baik mengaku saja yang Anwar sememangnya terlibat dalam meluluskan bajet PTPTN. Bila dah kantoi pasal PTPTN, sibuk pencacai Pakatan Rakyat cari isu untuk backup balik Anwar. Lagi satu, pilihan raya soal majoriti dan isu PTPTN berapa kerat je yang boleh dikira jika dibandingkan dengan jumlah pengundi. Apa tanggapan pelajar-pelajar yang tak dapat PTPTN terutama sekali mereka yang tak berpeluang untuk sambung belajar. Bagaimanakah kehidupan dan susah payah keluarga mereka untuk menampung kos pembelajaran dan perbelanjaan harian anak mereka untuk pergi menuntut ilmu?? Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....
GR kata: Susah nak cari orang yang mengaku salah dan silap mereka demi untuk dapatkan sesuatu...Wajarkah PTPTN dimansuhkan???
Sumber : Gossip Rakyat
Wednesday, 18 April 2012
'Mangsa' Radioaktif ARE Merungut Dari Syurga?
Sekali lagi Sin Chew Jit Poh dan Guong Ming Daily menyiarkan iklan mengenai 'mangsa' radioaktif kilang Asian Rare Earth (ARE). Iklan satu muka penuh tersebut disiarkan masing-masing di muka 18 dan 7 yang pastinya berjumlah lebih RM100,000 lagi, bertujuan merayu sumbangan RM10 dari kaum Cina bagi menentang operasi Lynas di mahkamah.
'Mangsa' tersebut, Cheah Kok Leong yang dilahirkan terencat akal dan cacat fizikal telah pun meninggal dunia hampir tiga minggu lepas. Namun, mendiang kini tidak tenang dan masih berdendam kerana tidak dapat membuktikan bahawa bekas kilang tempat ibunya bekerja, iaitu ARE adalah punca kecacatannya dan mungkin juga kematiannya.
Dan kini, seperti yang dipaparkan oleh iklan satu muka tersebut, mendiang sedang merungut kerana telah mati! (Complaints from heaven: I don't want to die yet!!) Hebat sekali penangan radioaktif ARE sehingga walaupun sudah mati, masih lagi boleh berhubung dengan kita semua.
Sudah menjadi sikap pihak anti kerajaan untuk merungut mengenai segala-galanya. Kerana itu, walaupun berada di syurga, mereka masih lagi merungut.
Mungkin juga syurganya tidak begitu selesa kerana mendiang adalah dari jenis tak reti bersyukur. Mana tidaknya, sepatutnya orang yang sudah sampai ke syurga tidak ada penyesalan, tetapi mendiang masih ingin terus hidup di dunia walaupun dalam kecacatan. Justeru, mendiang telah ditempatkan di syurga paling lekeh - agaknya.
Sepatutnya, sebelum pihak Jawatankuasa Selamatkan Malaysia (Save Malaysia Committee (SMC)) bercakap mengenai Lynas dan mempermainkan mendiang Kok Leong, mereka harus terlebih dahulu membuktikan bahawa Kok Leong cacat dan akhirnya meninggal dunia disebabkan oleh pendedahan radioaktif dari kilang ARE.
Oleh itu, jika benar SMC adalah sekumpulan manusia yang ikhlas berjuang, prihatin dan bertanggungjawab, mereka wajib mengusahakan agar satu bedah siasat dilakukan bagi mengenalpasti punca kecacatan dan kematian Kok Leong sebelum memperalatkan mendiang bagi merayu sumbangan yang sebenarnya mereka tidak perlu pun.
Adalah tidak mungkin pihak yang mampu mengeluarkan wang sebegitu banyak untuk menempah ruang iklan dan menggerakan demonstrasi besar-besaran, tidak mampu menanggung kos perundangan.
Kini, Kok Leong telah pun berada di syurga dan apa yang tinggal hanyalah rekod mahkamah iaitu "tiada bukti kilang ARE menjadi punca kecacatan Kok Leong".
Walaupun isu ini bukanlah isu Kok Leong atau ARE, tetapi demi mencapai tujuan mereka, pihak SMC telah mempergunakan Kok Leong sehingga mendiang menjadi tidak tenang di syurga.
Tindakan SMC ini tiada bezanya dengan tindakan DAP mempergunakan mendiang Teoh Beng Hock sebagai modal politik bagi mengalihkan pandangan ramai dari siasatan korupsi pemimpin mereka.
Hakikatnya, kilang Lynas telah dibuktikan sebagai selamat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan kita boleh menilainya sendiri melalui bukti-bukti saintifik yang dikemukakan.
Oleh itu, kita tidak dapat mengelak dari mengesyaki bahawa pihak ini, jika tidak bertujuan memberi publisiti kepada pembangkang terutamanya DAP, maka kemungkinan besar mereka sebenarnya ditugaskan untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi di Malaysia dengan apa cara sekalipun agar monopoli nadir bumi negara China tidak terjejas.
Post Guna BlackBerry® Je






.jpg)



