Tuesday 10 April 2012

MB Selangor @khalidibrahim Terlalu Rakus Sehingga Ke Bandar Tun Razak

Kerakusan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri BesarTan Sri Khalid Ibrahim memang tiada tandingan berbanding dengan negeri² lain di bawah pemerintahan Pakatan Jahanam.


Pelbagai kemungkaran dan ketidakadilan terjadi kini di negeri Selangor khususnya. Habis semua padang² bola sepak yang dimiliki kerajaan negeri telah dirancang untuk dibangunkan. Kata kerajaan negeri, pembangunan ini memberi manfaat berguna kepada rakyat setempat.

Apa yang bergunanya pada rakyat setempat wahai Khalid Ibrahim oi !! Ini semua retorik bertujuan mengaut keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial kerajaan negeri kepada rakyat.

Baca di sini, sini, sini dan sini.

Itulah situasi yang melanda di negeri Selangor. Tapi dek kerana terlalu banyak padang bola sepak ditutup di negeri Selangor, kini Khalid Ibrahim buat hal sekali lagi di Bandar Tun Razak, KL iaitu kawasan Parlimennya sendiri.

Menurut pemerhatian dan sumber rujukan saya mendapati, Khalid Ibrahim telah menyewa 3 buah padang di sekitar Bandar Tun Razak iaitu Padang Bola BP, Padang Bola Sri Johor dan Padang Bola Sri Melaka bertujuan mengadakan perlawanan bola sepakLiga Selangor.
Padang Bola BP

Apa ni Khalid Ibrahim? Nak adakan perlawanan bola sepak setiap minggu Liga Bola Sepak Selangor di dalam kawasan Kuala Lumpur.

What the hell !!

Apa negeri yang KAYA tu tak boleh sewa stadium² sekitar negeri Selangor ker? Stadium Shah Alam ada, stadium PKNS ada, stadium Uitm, Shah Alam ada.



Teruskan membaca di REZQEEN HILL

No comments:

Post a Comment